sertai kami di

Wednesday, December 2, 2009

KESEMPURNAAN IBADAT SOLAT

A. SYARAT –SYARAT PADA TAKBIRATUL IHRAM

i. Takbiratul ihram diucapkan dalam keadaan qiam (berdiri dengan betul)
ii. Diucapkan dalam bahasa Arab


iii. Dengan lafaz Allahu Akbar
iv. Tidak dipanjangkan hamzah pada kalimah Allah dan ba pada kalimah akbar seperti lafaz ءالله أكبار
v. Tidak ditasydidkan ba pada kalimah akbar
vi. Tidak ditamabah wau antara dua kalimah tersebut, sama ada wau berbaris ataupun sakin seperti : الله وأكبر
vii. Tiada diwaqafkan antara dua kalimah tersebut
viii. Didengar lafaz takbir iru sekurang-kurangnya oleh dirinya sendiri
ix. Masuk waktu solat bagi solat fardhu
x. Jatuhnya(berhenti) takbir itu dalam keadaan mengadap qiblat
xi. Sempurna sebutan huruf dari segi makhraj dan sifat-sifatnya
xii. Tertib pada sebutan lafaz tersebut seperti mendahulukan lafaz Allah daripada lafaz Akbar

B. SYARAT-SYARAT PADA BACAAN FATIHAH
i. Membacanya dalam keadaan berdiri pada setiap rakaat solat
ii. Didengari oleh dirinya sendiri
iii. Dibaca setiap ayatnya dengan sempurna bermula dengan basmalah
iv. Tidak diselangi dengan diamyang panjang bagi setiap ayat yang dibaca samada dengan niat u tuk memutuskan bacaan atau tidak
v. Tidak berlaku kesalahan bacaan yang boleh mencacatkan makna ayat
vi. Tidak diselangi oleh zikir yang asing
vii. Dipelihara segala makhraj dan sifatnya
viii. Berturut-turut pada segala kalimahnya yang dua puluh sembilan
ix. Tertib pada segala ayatnya

C. SYARAT-SYARAT PADA RUKU’
i. Sama rata belakang dan tengkuknya
ii. Tetap anggota di dalam ruku’
iii. Sengaja turun untuk ruku’

D. Syarat-syarat pada iktidal

i. Bangkit berdiri dengan betul
ii. Tetap anggota ketika berdiri
iii. Tidak boleh berdiri terlalu lama (kadar sehingga habis mambaca al-fatihah)

E. Syarat-syarat pada sujud

i. Sujud pada tujuh anggota
ii. Keadaan dahinya terbuka (tidak berlapik dengan sesuatu)
iii. Ditanggung sedikit pada kepalanya dan ditekan pada tempat sujud
iv. Turunnya selepas iktidal semata-mata untuk sujud
v. Tidak sujud pada sesuatu yang bergerak
vi. Meninggikan bahu dan punggung daripada kepala
vii. Tamakninah di dalamnya serta disunatkan membaca tasbih

F. Syarat-syarat pada duduk tahiyyat akhir

i. Membaca tahiyyat dalam keadaan duduk tahiyyat akhir
ii. Bacaannya didengari oleh dirinya sendiri
iii. Tiada kesalahan yang boleh mencederakan bacaannya
iv. Terpelihara segala hurufnya daripada kesalahan makhraj dan sifat huruf
v. Sempurna semua tasydidnya yang sembilan belas
vi. Berturut-turut pada semua kalimahnya
vii. Tertib segala kalimahnya

No comments:

Post a Comment